Wednesday, November 19, 2008

Bukan Crocodile Hunter tapi Tee Hunter ?

Tee Hunter – istilah ini mula dikesan (persepsi penulis sahaja) apabila siri diskusi secara tidak formal dengan seorang kawan, tentang minat dan hobi. Semua orang ada hobi dan minat tersendiri. Secara kekiniannya, saya bukan lah penggemar t-shirt yang mudah di dapati di kedai – kedai berjenama sosial. Paling penting biarlah t-shirt itu tiada siri pendua, kira macam masterkey la. Atau pun SE special edisi.tapi bukan mudah!

Sebab kejap ada kejap takde, macam cokelat. Baru tadi tengok ada, Kejap lagi dah ada orang kebas, so ajaib ? kira di setiap lokasi, ada saja hunters-hunters tee-shirt yang memburu baju –baju berdesian seni dengan imej lukisan dari pelukis –pelukis terkenal dunia. Samaada hunters ini daripada kelompok pelajar seni visual, orang biasa, abe – abe kelate yang slalu berdressing grunge atau kolektor.

Kolektor? Aha…semua benda ada nilai dan peminatnya, baju juga mesti ada kolektor juga iye tidak ?

Selaran Tee Hunter ini adalah golongan pengumpul dan kolektor t-shirt berjenama lukisan pelukis –pelukis ternama antaranya, Andy Warhol, Esher, Picasso, Miro, Paul Gauguin, Van Gogh, Klimts, Basquit, Michelangelo, Haring, Rauschenberg dll.


Penglibatan dalam mencari dan membelek setiap helaian bajuan terpakai di kedai kedai bundle di pasar malam, uptown, danau kota dan kedai persendirian, bermula dari awal tahun 2000. Masa tu, baru masuk kadang kambing, jadi terpaksa la mengembek. Tengok senior pakai baju ala –ala art, kira macam poseur juga lah time tu, trendy habis. Semua nak cari tee Sunflowers, Van Gogh..haha

Iye la, nak p o.sea entah bila tahun kan? So kira cari kat bundle pun kira dah macam beli kat o.sea juga lah. Yang penting desian cun dan yang pasti pelukis terkenal, kalau pakai tu dah kira gempak a, hidung pun dah boleh kembang la. Kira dah habis amerika lah, habis art lah , habis senilah..bersayaplah!

Dari jengka, temerloh, kuala trengganu, kangar, tanjung malim, ipoh, greenwood, chow kit, cheras, gombak kira dah khatam lah lokasi kedai bundle, kalau kerja bahagian pemetaan kedai bundle, kira dah berjayo dah pakcik den ni ha.. kira pulangan jugak lah kalau dapat baju dengan desian yang besh.
ahmad shukri mohamed dengan tee - k-haring

Harga baju ini pula, sudah mahal, ini disebabkan kebanyakkan baju berjenama seperti Andy, Roy, Haring, Basquit, Barbara Kruger- sudah diketahui sangat ramai peminatnya oleh itu harganya sangat tinggi di kalangan taukeh bundle. Andy Warhol purata RM 55 – 70 Sehelai, Roy purata RM 25 – 38 Sehelai, Basquit Rm 30 – 38 Sehelai, Haring RM 10 – 28 Sehelai, Barbara Krugers RM 20 – 30 Sehelai. Tapi kalau taukeh kedai bundle tu apek tua, murah a sket 5 hengget pun dapat. Haha


Datuk Syed Ahmad Jamal dengan tee-Henri Matisse

Apa yang menarik nya, pelukis seni visual malaysia pun ada jugak yang pakai baju sebegini, Bila time show je, meriah sungguh macam fesyen show pulak, memang menarik. Kadang tu “macam tak art la, kalau tak pakai baju art “ haha. Bangga juga lah kalau time tu kau sorang je la pakai baju tuh, haha tapi tak leh la lawan dengan t-shirt y art yang memang beli dari o.sea, memang raw, art brut giler lah. Paling tak tahan pergi tengok art exhibition baju sama lak 2 tiga orang, haha malu giler nasib bawak jaket.

tee shirt oleh "dislocated" oleh ahmad fuad osman dan the master oleh Hamir Soib

Pasal tee – shirt ? aku teringat t-shirt band Muck, Ipoh aku beli dekat Uitm dulu, dah sendat dah kira perut aku dah buncit kot, haha. Desian kepala orang macam siput tu, khas aku lukis untuk Muck, feveret song orange skool, berinfluence juga laguan band tu sampai aku ada band sendiri. Paling dipedajal, time aku p YKP, geng –geng balai, pekena aku depa tarik aku suh Jay Freelove sign kat tee merahjambu aku yang tertera nama Free love. Anyway kool hahaha

Bak kata orang “ Ukuran Baju Badan Sendiri”, so kalau badan tu dah mantap, pakai pe je nampak cun, hebat dan tertawan. Kalau lah aku dapat organise tee art exhibition setiap pelukis seni visual, buat tee sendiri dan pamerkan. Atau tee art apa yang pelukis tu suka pakai kita pamerkan. Macam exhibition art to wears, kat pelita hati galeri bila fathul & abroco buat tee sendiri. Sebelum itu ahmad fuad osman, jeri azhari, raja shahriman dsb pun pernah keluarkan tee berimejkan karya mereka. Gempak seh, k.hanem pun dulu ada buat tee jugak ek ? teruskan bertee cun cun semuga meriah..haha by nerveology.

(all t-shirt collection - nerve except -haring & jean basquit-a.j)

Baca, Fikir, Komen

Related Posts with Thumbnails