
" SELAMAT PAGI CIKGU....!"
16 Mei
Setiap tahun adalah sambutan hari guru, terkenang zaman sekolah aku yang nakal – nakal liar, selalu menconteng di meja sekolah, tandas dan berlari merentas padang sekolah tepat pukul 12.15 tghri- kalau cikgu tak de time tu lah..sebab bas sekolah dah tunggu tepi padang tu, nanti tak de tempat duduk pulak. Orang kecil selalu di tindas, di tolak - tolak..tapi aku kecil berakal tinggi!la sangat!haha. Pernah aku di rotan dengan pengetua sekolah kerana baju di conteng dan tak di masuk dalam seluar, sebab aku nak tayang logo band The Pilgrims (gambar ikan) kat belakang baju sebelah bawah. Kira time tu dah habis ganas, tapi nasib baik SPM aku dapat gred 1 boleh lah masuk U.
Aku ucapkan “ Selamat Hari Guru, Cikgu” kepada mereka yang pernah mendidik aku sehingga aku bergelar Manusia.
Selamat hari guru untuk Abd Mutalib – kawan aku yang sanggup meninggalkan keluarga dan rakan – rakan demi menjadi guru di Sarawak- Don’t regret for what your got, don’t look back try to leave!!