Monday, March 02, 2009

SINGGAH SEBENTAR DI ONG TAI KIM, BERTEMU DENGAN PEMIKIR –PEMIKIR NEGARA!




Cuaca petang itu sangat baik, selalunya aku akan tunggu elmy (member) untuk minum sembang sembang sebagai membuang semua stress kerja.

Hari itu hari Rabu…

Petang itu selepas pulang dari keja, lebih kurang jam 6.00 ptg. Aku dan jepp bergerak ke Ong Tai kim, Gombak. Kami akan singgah sebentar untuk minum dan makan di kedai mamak belakang plaza tersebut dan beredar sebelum maghrib.

Tapi hari itu tidak sama seperti hari biasa…

Orang ramai memenuhi kerusi meja dari luar hingga ke dalam ruang kedai. Kenapa yep? Nasib ada tempat kosong setelah di tinggalkan pelanggan tadi. Aku dan jepp terus menerpa ruang itu..tak kasi can punya!

Oh patut lah…Hari itu Hari Rabu Ohh Hari Pemikir – Pemikir Negara turun padang..!

Pemikir – Pemikir Negara -Mereka semua tidak kekok dan malu bertemu serta berhadapan dengan orang awam, mereka ada wawasan mereka sendiri, matlamat hidup sendiri tanpa pedulikan orang lain walaupun di kedai mamak…memang mereka layak bergelar Pemikir – Pemikir Negara.

Aku sempat mengeluarkan handpone berkemera aku, dengan senyap –senyap aku sempat tangkap sekeping dua gambar Pemikir – Pemikir Negara! Sementara menunggu elmy datang !di atas adalah wajah wajah yang sempat dirakamkan!

Hari hari memikirkan nombor? Hari hari pikirkan masa depan dengan nombor? Hari rabu hari keputusan nombor keluar, depan kedai mamak tu ada kedai nombor! So jadi kat situ aku dengar dan lihat pakcik pakcik sebaya bapak aku tanpa segan silu bercerita dan mengira nombor depan anak muda yang virgin macam elmy, haha!Mungkin akan menjadi satu tabiat yang sukar dikikis dan represen satu sub budaya yang buruk pada masyarakat! Berubahlah.Mereka lah Pemikir -pemikir Negara!

Lu pikirlah sendiri? Esok nombor apa pulak? Nombor motor majidi tak mahu tikam ke? hehehe

Tulisan oleh nerve

Baca, Fikir, Komen

Related Posts with Thumbnails