Saturday, May 09, 2009

BURUNG MATI



Ada seekor burung mati terdampar di tengah jalan, mulutnya masih tergangga, mungkin dia sedang menguap ketika dilanggar oleh malapetaka! sian burung yang menguap tu...da ajal nak buat macamane...

Thursday, May 07, 2009

JALAN MATI



Dalam meneruskan kehidupan ada pelbagai masalah dan dugaan dan kadang - kadang buntu untuk memilih jalan penyelesaiannya. Bila penyelesaian menuju JALAN MATI macam - macam perkara yang diluar rasional dan tidak relevan dihasuti oleh anasir - anasir jahat SYAITAN menganggu perjalanan hidup yang harmoni. fikir - fikir kanlah dan selamat beramal- nerve

Monday, May 04, 2009

NERVEFUNGUS# 2001 - 2006



Sambungan daripada Penulisan Penjana Ilmu...

NERVEFUNGUS sebuah rilisan fanzine underground yang di hasilkan oleh Nerve sekitar tahun 2001 - 2006, Pada awalnya, rilisan ini hanya untuk pendukung - pendukung musik grunge yang mula naik secara awal 90an tapi aku mula tertarik dengan scene ini sekitar tahn 2000 sejak melanjutkan pelajaran di IPTA, Shah Alam. Akibat terlalu cenderung terhadap gaya penulisan beberapa editor yang aku suka baca penulisannya, aku mengambil kata putus untuk mengeluarkan fanzine aku sendiri.

Hujung 2001 - awal 2002 terbitlah NERVEFUNGUS#1 (NF#)dengan trademade topeng gas yang mengiaskan tentang kesesakan nafas, pencemaran dalam scene dan sebagainya.

NF# secara keseluruhannya hanya memaparkan pergerakan scene grunge sekitar tahun 2000, time ini memang havoc dengan crowd, followers, newcomer,dan poseur. Hampir setiap bulan akan ada gigs di Blue Planet, Teratak Dangdut chow kit, Paul Place dll. tapi yang selalu aku pergi adalah Blue Planet sebab banyak penganjur buat venue gig kat situ...

NF# secara puratanya akan mengeluarkan 1# isu untuk setahun sebab nya time student, tak cukup masa nak kejar semua gigs, kekangan daripada tiada komputer peribadi, kos belajar yang tinggi sebab ambil kos seni, photocopy yang agak mahal, faktor transport yang sukar untuk kemana - mana.



Antara fanzine fanzine yang tersisa...

NF# terbit 6 isu dan mengeluarkan 3# free newletter seperti GRUNGE, SUPPORT!,dan PEACE! WHO CARE! masa aku mengeluarkan newletter ni aku sangat tertarik dengan newletter ROCKET yang di sebarkan di Seattle tentang kejatuhan zaman grunge ketika itu di sana, jadi aku aplikasikan newletter sebegitu di kawasan luar bandar di kampung aku, nyata semua nya hampa...sebab kampung aku takde seorang pun budak grunge yang ada skinhead mana depa nak baca newletter tu..haha..

NF# menjalankan kolaborasi fanzine dengan fanzine GRUNGE DOMAIN dari Batu Pahat,JB dengan kerjasama editornya Erol dan Afterworld.Bila menjadi seorang editor kerjasama dengan editor lain sangat penting untuk berkongsi pendapat dan infomasi. sebab time ini perhubungan dilakukan secara terus terang, bersemuka dan juga secara emel yang agak kabur serta surat - menyurat untuk penghantaran fanzine yang dibeli.



HILANG PUNCA sebuah fanzine yang memberi inspirasi untuk aku terus berkarya...

Banyak kenalan yang dikenali ketika menghasilkan fanzine ini dan jasa mereka yang pernah berkerjasama secara langsung amat dihargai. antaranya Erol & Afterworld Grunge Domain, Jepp Single, Pp & Pek Thong Hawa Still Lies, Angah Battleground & sesenduk nasi, Firdaus Hilang Punca ( fanzine faveret aku biarpun ia sebuah bacaan untuk hc/punk), Moon & Big show Given To Fly, Ashe Underdog Conspiracy, Scar fz, Sebutir Bintang Merah dll. aku hanya sempat menyimpan beberapa naskah fz yang lain habis hilang entah kemana...

NF# telah di tamatkan atas faktor teknologi semakin maju orang pun dah jarang baca fanzine, mereka dah banyak choice boleh baca/ dengar/ komen/kutuk/puji/ donlod semua kat myspace atau blog yang lebih pantas dan mudah...sebenarnya aku dah malas nak terbitkan dah..........terima kasih kepada mereka yang memberi sokongan terhadap NERVEFUNGUS terdahulu...

Baca, Fikir, Komen

Related Posts with Thumbnails