Monday, December 15, 2008

Selsema melihat si Sigit!


Aku cuti lama juga, dekat seminggu dari raya Qurban. Demam dan selsema berlanjutan mungkin antibodi aku kurang sebab asyik duduk dalam econ yang suhunya agak sejuk. Pergi klinik panel, sah betul jangkaan aku, doktor tu bagi ubat antibiotik dan selsema.

Raya Qurban, aku tak berkorban apa pun, ada lah juga aku sempat merasa daging korban yang disedekahkan. Burff….Alhamdulillah (sendawa kenyang).

Sabtu lepas, aku dah rasa semakin ok, penat badan dah berkurangan tapi selsema aku makin meleleh bak cendol,, hijo warnanya. Aku membatalkan niat aku untuk ke YKP mendengar artalk. Kebiasaannya, aku jarang menolak perlawaan Caun untuk ke sana, di sebabkan aku tak mahu dek kerana selsema aku berjangkit pula virusnya kepada kawan sekerja. Kan ke susah semua selsema nanti. tutup pulak balai, orang luar plak marah, nanti masuk paper..kan susah!

Tapi malam itu, ketika selsema masih melekat di mukus aku, satu hari minggu yang bosan, xkemana sebab hujan sering saja turun bila bulan Disember. Aku pasrah. Main hujan bisa kena demam nanti. Pesan emak masa aku kecil. Pesan orang tua- kita kena dengar.

Aku gagahi juga untuk keluar, biar pun hujan renyai renyai di luar. Sebab bosan dah tahap gaban, duduk rumah t.v takde Astro, duduk kat pinggiran Batu Caves, area t.v tak membantu untuk mencari channel t.v yang clear. mungkin sebab besar sangat kot patung emas tu. harap pukul 5 petang, layan jimmy nutron dan sponge bob square pants. Itu je lah hiburan. Malam semua drama Melayu yang stereotype. Bila nak cari keje je, semua nak pergi K.L? Kenapa tak buat plot drama tu, cari keje kat ipoh ke, seremban ke? Kan? Nak layan dvd pun semua pakai duit….duit mengalir macam air!

White Shoes & Couple Company

Tapi bukan itu yang aku nak cerita, aku keluar sebab nak tengok White Shoes & Couple Company serta The Sigit kat rooftop Bb Plaza. Aku datang dalam pukul 9, ketika set pentas diambil alih oleh Laila Lounge. Orang ramai gile, semua muda mudi seperti aku muda lagi ke? Tak kesahlah. Aku tak leh kedepan pun, booth jual pakaian inde banyak
sangat. Macam macam desian rambang mata dibuatnya. Bittersweet beraksi, dengan gaya poyo dorang tu. Aku datang bawak rayban hitam 60’s tapi aku tak pakai pun nanti aku pakai orang kata aku fans BS pulak.haha. Aku tengok jelah. Pergh ramai juga fan dorang. Lepas set BS, fan keluar sebab sekor –sekor dah bau masam dok bergoyang dek lagu “kucing hitam tadi. Aku ambil kesempatan menghampiri stage untuk tengok White Shoes dengan lebih dekat. Wowo teruja aku dapat tengok White Shoes. Beshdiorang, retro habis.



Butterfingers

Habis WS&CC giliran Butterfingers. Layan .Dengan dendangan lagu baru dari Kembali. tanpa kehadiran Loque, Mereka tetap hebat. Set terakhir The Sigit, wow! Giler gempak the Sigit. Suara vox besh giler, lagu pun memang superb. 10 **********bintang aku kasi, nah ambik kau!

Memang puas hati malam ni, habis set The Sigit. aku sempat sambar satu tee The Sigit dengan harga RM 40 tapi sayang sebab aku tak sedar yang aku bukan lagi pakai sais S tapi M. Mungkin malam itu aku perasan yang aku menjadi lebih muda kot. Haha sebenar perut dah besar kuat makan nasi. Haha! Nak sambar tee WS di booth Bodysurf aku tak sempat, sebab bodyguard dah halau keluar. Cits! Durjana! Terima kasih membaca -nerve

Baca, Fikir, Komen

Related Posts with Thumbnails