Sunday, January 04, 2009

Apa yang baru di tahun baru 2009?

Cerita di malam hampir ke tahun baru...kaboom! percikan bunga api di udara

11.30 pm malam 31 hb Disember 2008 ? sudah hampir ke tahun baru.

Masa ni memang dah dijangka suasana di dataran merdeka tentu melaut orang membanjiri padang rasmi gomen untuk pesta sambutan tahun baru 2009. ramai orang datang berhibur, sambil menanti detik 12 malam. Nak tunggu bunga api bertaburan di udara serta sebelum itu dihiburkan singa – singa tanah air. Hujan ke tidak orang tidak akan berganjak.

Malam itu terpaksa aku keluar juga sebab dah terlalu boring tahap gaban, aku ke studio Gary di Damansara, jamming dengan azam tahun baru nak jadi seorang pemusik inde yang professional tatkala orang sedang bergumbira di dataran merdeka, aku bermain gitar rancak di studio dengan di temani pemain deram tak perlu kelibat pemain bass. Kos berjaming hanya rm 15 + stik, main setengah jam je..nak lepas gian! Haha Kami terus bermain lagu lagu kover yang selalunya tak jadi dan hancur dek kerana kurang praktis, ah, pedulikan dengan orang lain..?

Bila tersembul perkataan PEDULI ? aku mula terpikir, Kita + kita ini kadang tu peduli tak tentang isu semasa, sedang tebing Gaza bergolak di awal tahun baru ini, kita tetap terus bergembira. Pemerintah Dubai mengharam segala sambutan tahun baru untuk menghormati keadaan yang berlaku di sana. Mereka sangat peduli.

Apa yang baru di tahun baru ini 2009 ? Masih ada peperangan? Masih ada perjuangan?

Sama samalah seluruh umat Islam memanjatkan doa kepada Allah s.w.t, agar umat Islam di Palestine di lindungi dari kejahatan rejim Israel laknat....Amin – by nerve

Baca, Fikir, Komen

Related Posts with Thumbnails