Tuesday, May 26, 2009

Para – para Extroverts

Para – para Extroverts
Yang gila menggilap nama,
Mahu mengenggam piala yang besar, tinggi,
Dan kilatnya tak terperi,
Sambil memijak mijak introverts yang diam bukan bisu,

Para – para Extroverts
Bersuara hiruk pekik,
Lantang untuk menunjuk kegagahan.
Showing Yourself to the Public,
Showing Yourself to the Audiens,
Showing Yourself to the Aliens,
Sambil kakinya masih memijak sang introverts yang tenteram.

Para – para Extroverts
Taktikmu autoraktik,
Hitam, gelap, kelam, hatimu kotor dengan limpahan nafsu,
Telunjukmu terus lurus, selicik akalmu
Memperdaya sang introverts,
Yang diam bukan Mati

Para – para Extroverts
Terjun lah….
Terjunlah….
Dengan army – army mu,
Biar senang dijiwa,
Biar lapang di dada,

Kau
Para – para extroverts yang SIAL.

Sajak : Nerve - mula mengenal sajak pada tahun 1990 darjah 2,di SRKJ.20 dan terakhir membaca sajak di opening pameran Peace, Dataran Maybank, Kl 2004

Sunday, May 24, 2009

TEH TARIK SECAWAN DAN DAM AJI SEPAPAN



Teh tarik secawan dan dam aji sepapan..



Haha makan pak Mahadi, otai dam aji kat felda tanjong ni..



Anak - nak muda yang dah berumur 25 tahun keatas tidak lagi nak merempit tapi habiskan masa dengan bersembang - sembang tatkala petang...

Ini adalah aktiviti biasa anak – anak muda di felda, kampungku. Petang, melepak di kedai kopi pekena teh tarik dan bermain dam aji sambil bersembang kosong. Perbualan yang biasa, adalah topik-topik hangat di felda yang pasti bukan mengenai Akademi Fantasia musim ke- 7.

Antaranya topik hangat - buah sawit sape yang kena curi? Anak sape yang cun tu? Bila nak kawen? Teh tarik satu? Ada baru tak? Takkan dok K.L tak de 3gp baru kot? Sini pun depa layan corner ke? Makan ha makan Pak Mahadi? Hahaha da aji dah...Apa yang best aku tengok mereka semua gembira dengan kehidupan yang simple, selambe je macam takde masalah..Yang best orang tua dengan anak muda selesa bergurau senda sambil bermain dam aji. siap bleh saiko – saiko lagi..haha. Inikah mungkin dikatakan KEAKRABAN sesama INSAN.

Baca, Fikir, Komen

Related Posts with Thumbnails