Wednesday, April 09, 2008

Ruang Untuk Yang Baru



Ruang untuk Yang Baru

Bunyinya seakan harapan, seakan simpati untuk yang Baru. Kesesakan ruang yang sempit mempengaruhi emosi dan persekitaran. Keselesaan ruang yang luas membangkit semangat juang yang tinggi, memuncak utiliti.Yang Baru di sini merujuk kepada sesiapa sahaja individu yang mungkin baru dalam sesuatu bidang, ruang, peluang, karier dan kehidupan. Semuanya masih perlu dibekalkan, disusukan, dibuaikan, ditidurkan dan di layankan?

Adakah ruang itu menerima kehadiran yang Baru ? Persekitaran dan atmosferanya perlulah mengambil masa untuk Yang Baru menghirup oksigen yang ada dalam ruangan itu.

Yang Baru sebagai Pelukis, Yang Baru sebagai Kurator, Yang Baru sebagai Kontraktor, Yang Baru sebagai Doktor, Yang Baru sebagai Kondaktor, Yang Baru sebagai Cleaner, Yang Baru sebagai Remoter atau apa –apa saja. Penyesuaian diri perlu, bak kata orang – Kalau sesumpah berlindung di daun jadi warna hijau, berpaut pada batang jadi warna coklat.

Di sini, kelihatan Yang Baru perlukan Ruang? Perspektif penulis dari dunia seni tampak, yang baru hendak menapak, terus ke sana ke sini dengan proposal seninya. Menonjolkan rupa, memperlihatkan diri, berkomunikasi, bereaksi, beremosi untuk kesempatan ruang di masa depan..yang mungkin baik, yang mungkin belum tentu.

Ruang untuk menghasilkan karya seni itu sendiri banyak, atau lebih mudah intipatinya kita sendiri yang hasilkan. Tanpa perlu pergantungan, tanpa perlu sekatan, tanpa perlu di cas apa-apa. Jika yang baru grad itu, mungkin ruang sangat perlu. Bukan sebagai alasan ruang tiada, untuk berkarya..tapi sebagai semangat.

Ramai pelukis muda yang Baru mampu untuk menyewa rumah kedai, teres atau flat sebagai satu padang kesenian mereka, segala aktiviti mencatan di raikan sendiri dengan ekspresi ala –ala Jackie Chan, mungkin..! Namun ruang yang ada bukan semua mampu menampung bebanan idea yang mungkin memerlukan keluasan ruang untuk kesempurnaan idea.

Permasalahan ruang ini boleh melarat kepada permasalahan saiz karya. Jika ruang besar, mungkin karya nya besar dan sebaliknya. Ruang bonet kereta juga sering menjadi saiz maksima karya bagi pelukis, mudah tidak payah untuk menyewa lori lagi. Ruang bilik tidur yang sempit, di jadikan mini studio. Manalah tahu! dari kesempitan ruang lahir satu karya sejarah negara. Mungkin.

Ruang untuk berpameran, bagi yang Lama tidak sukar kerana mereka sudah berNAMA Ruangan susah mereka sudah lama pergi, yang tersisa hanya nama penentu sebuah harga. Jurang antara Yang Baru dan layanan untuk yang Lama sangat berbeza, dalam sesetengah situasi. Adakah kelompok seni di sini, di ukur berdasarkan senioriti, identiti, dan publisiti? Bagi Yang Baru usaha itu kena lebih banyak dan perlu mengejar masa, mengejar galeri, mengejar kurator, mengejar Denis atau Maria (kedai bingkai gambar), mengejar kolektor,berlari-lari,bertahun-tahun.

Ruang ruang seni yang berbayar sudah ada, sewa untuk berpameran, menyewa untuk jadi pelukis..jadi bagi Yang Baru perlu mengikut kehendak sendiri atau kehendak kontemporari? Semua nya pilihan samada mahu melabel diri atau melobi galeri. Jika mahu ruang yang free tapi perlu di potong 40% atau 50% daripada jualan karya atau mahu berpameran yang tiada padestal dan tiada berdinding? Seperti Akal di Ulu. Dimana-mana pun kapitalisma sering dijadikan sistem dalam urusan domestik dan ekonomi, sukar untuk di kekang. Tak hairanlah kalau beli frame, hadiahkan lukisan.

Wujudkan ruang sendiri, berani menolak format bergaleri, cuba bergaya kontemporari dengan sejarah sendiri. Majulah Seni Untuk Negara!Jadi Yang Baru tu pandai-pandailah memikirkan permasalahan ruang, tapi jangan sampai ruang yang di risaukan, apa yang di angankan hanya omong-omong kosong, berkhayal sebagai pelukis terkenal dalam tidur siang nya sahaja.Bangunlah Mat Jenin oit!!

send your comment to :
nerveology@gmail.com

4 comments:

-Aku- said...

ruang itu perlu..tetapi kene ingat jika ada ruang ada peluang tapi tidak berwang agak sukar untuk memenuhi ruang0ruang kosong itu..ramai yang baru grad atau yang da lama meninggalkan alam uitm etc still dengan harapan yang sama..tp persoalannya berjalankah mereka? mencanang cerita itu ini tapi dimana hasilnya? ruang itu juga perlu diisi dengan situasi yang berbeza..seakan warna yang dicampur aduk..barulah nampak betapa gahnya ruang itu..betapa berhasilnya kerja mereka..untuk yang baru..jangan terlalu taksub dengan title "artist"..baru masuk dua tiga show sudah bangga diri kemudian menyepi..jangan salahkan mereka jika ruang tidak disubsidikan..cermin diri lihat kekurangan lihat kesilapan cari kehebatan..ketemu semua ini cari identiti gerakkan diri hasilkan kreativiti tapi jangan lupa diri..huhu..ini hanya pendapat k en bad..

Pyantos Kacab said...

En Fazli pensyarah kami.. Beliau menjadi contoh pada student2nya..

Syahrul said...

aku Kenal la si En Fazli tu. Bard banyak membantu dlm menaikkan nama dia dulu.Tapi sekarang.....student la harapan dia. hu hu hu

Anonymous said...

ya...aku pun kenal...en bard banyak membantu...

Baca, Fikir, Komen

Related Posts with Thumbnails