Friday, October 31, 2008

Sesi pengembaraan mencari LOST WORLD di Lenggong!


Sesi pengembaraan mencari LOST WORLD di Lenggong!

Mencari dunia yang hilang, haha sesi berkongsi pengalaman “kursus asas arkeologi PPAM,USM 12 – 24102008” kalau nak di berikan bintang – saya bagi 4 ½ bintang dari 5 bintang.


Para pelakon yang terlibat.

Para Pelakon, di anggotai oleh geng –geng muzium walaupun BSLN bukan sebuah muzium yang banyak koleksi artifak pra-sejarah dan proto-sejarah tapi tidak kesahlah janji banyak information dalam kursus ini yang menarik untuk di kongsi bersama bloggers.

Dr Mokhtar Saidin sedang memberi penerangan mengenai tapak Bukit Bunuh, Lenggong, Perak.

Para Director, Bukan Ahmad Nesfu pelakon itu tapi Para Pakar Arkeologi Malaysia bimbingan Dr. Mokhtar Saidin, pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia, USM. Dan anak didiknya.




Latar Tempat, Gua Teluk Kelawar, Gua Badak (Lu la Badak), Gua Gunung Runtuh (Rumah Perak Man)



Batu - batu yang sebahagiannya adalah jumpaan permukaan artifak alat batu paleolitik.


Babak 1 Scene 5

Mengenali artifak jumpaan di Bukit Bunuh, nak cari batu nak cari batu nak cari batu…
Bukan sekadar batu tapi ia adalah alat batu paleolitik seperti kapak genggam hand axe, alat peber, alat penetak copper, dan bahan batu asas, batu pelandas. kebanyakan batu di sini daripada batuan kuarza, rijang dan kuarzit-batuan campuran yang terjadi akibat hentaman meteor anggaran 1.74 juta tahun dahulu yang membentuk kawah sebesar radius 3 km. buka blog ini kalau tak caya http://makmalsenisakit.blogspot.com/ (promot ni bos) haha

Mencari siput di Sungai Kg. Gelok, Lenggong.

Brotia spinuza , diet manusia pra -sejarah.

Babak 2 Scene 3

Mencari siput brotia castula dan brotia spinuza, jumpaan pada permukaan tapak yang berpotensi mempunyai artifak di bawahnya dengan bantuan alat magnetomatik untuk membuat petak cubaan ekskavasi. Siput siput sungai ini di jumpai banyak di tapak tapak arkeologi di sekitar lenggong, kiranya dulu macam fast food masyarakat lampau. Mudah di jumpai di sungai dan free. no money, jimat, dan menjilat jari...srughhht


Selamat Datang ke Open House, Perak Man.

Abg Rosli sedang menunjukkan kedudukan asal rangka Perak Man dijumpai.

Babak 3 scene 5

Open house Rumah Perak Man, sempat juga beraya kat rumah dia. Jamuan ringan sahaja- bawak siput sedut sendiri dengan air sungai Kg. Gelok. Haha kool jugak raya tahun ni. Manusia Perak ini, di percayai adalah orang penting mungkin shaman. Rangka manusia ini dijumpai dalam keadaaan berlipat seperti kedudukan bayi dalam kandungan ibu. Dan ribuan siput sedut di tabur di bahagian badannya sebagai alas. Serta di tangan kanannya terdapat 7 jenis daging sebagai bekalan di sana kelak. Manusia ini menghidapi penyakit (*#$@4^&*) susah nak sebut nama saintifiknya- tangan kiri dan kaki kiri kecil dan pendek. Alat batu juga ada berhampiran.



Berlatar belakangkan landskap Gua Gunung Runtuh : Dari kiri , Yusri, k.Zehan, k. Azlina, c. Linda, en Ravi, en amerr, sham, c.rashid dan penulis.


Bidang Arkeologi ini sangat memerlukan kepakaran dari bidang – bidang lain seperti ahli geologi, sains, kedoktoran, zoologi dll en. nerveology tidak termasuk ye! Selamat membaca, semuga anda dapat sesuatu darinya. ::sini::saraf::seni

9 comments:

Rizal said...

fuh macam jurasic park...tak sangka kat lenggong pun ada lost world...jumpa tak rangka haiwan pra sejarah.
ko makan tak siput tu? mesti sedap. goreng ke masak lomak. kalau kat sini makan dengan capati jer bard :)

guru besar haneem kaydeen said...

oh sampai hati tak ajak orang pegi jurasic park jugak..haa nanti boleh lah jadikan inspirasi berkarya kamu! hehe

nerve said...

hehe xsempat nak ajak la k.anem, coverege xde kat sana hehe...

haha bro, xmkan a siput tu...tapi try a sedut....hisap kuah jelah...isi x makan...wowo ada ke capati cicah dgn kuah siput sedut? ermm menarik tu.

amerr said...

aku dah tau pasal apa perak man mati awal..

cuba ko try hidup makan siput je lepas tu takde sabun, takde sampoo, takde kolget dan takde berus gigi..kalo ko boleh survive sebulan kira perakman lee.

MeDiArTpAsSiOn said...

ada ker ko kata tu 'rumah Perak Man'. Tu bukan gua ker? ko ni kenal ker mana satu rumah mana satu gua????????

nerve said...

haha zaman tu mana ada rumah lagi...tapi cerite flinstone tu siap ada t.v lagi, kereta...kat sana lagi maju kot...kat sini, dok dalam gua ja la..haha sweethome la katakan c. majidi haha

MeDiArTpAsSiOn said...

aku rasakan,,,,, encik yg pose jadi Perakman tu ada kaitang ngan keturunan tu kot. Cuba cek DNA dia, sebab dianyer lekukan badan tu betul2 serupalah

nerve said...

hahaha betul la bro...

NaNa said...

jurassic park mende kat ctu??

Baca, Fikir, Komen

Related Posts with Thumbnails