Sunday, August 30, 2009

Kesah Rambutan di Ramadhan



Kesah Rambutan di Ramadhan, terkenang sebuah kebun rambutan milik seorang imam masjid, ustaz Zabidi namanya, kebunnya betul betul sebelah masjid tapi kebun dia agak semak dan orang lalu lalang memang agak jarang. Bulan puasa je, kebun rambutan dia menjadi jadi..nak kata semua pokok berbuah...bila balik dari sekolah petang, aku dan member aku akan singgah sebentar sambil memanjat pokok rambutan yang rendang dengan dominasi warna merah menyeliputi keseluruhan kebun.....masak ranum...Bila tiba je Ramadhan kali ini aku ingat nak minta maaf kat Ustaz tu sebab ambil makan buah dia tak minta izin ,,biasa lah nakal...! tapi baru ni emak aku cakap ustaz tu baru je meninggal dunia akibat stroke seminggu sebelum Ramadhan...Aku harap dia halalkan lah beberapa ulas rambutan yang aku telan....AL - Fatihah untuk Ustaz Zabidi, Imam Masjid.

2 comments:

DPR said...

Yang patah tumbuh yang hilang berganti...ini kita berbangga kerana dapat pengerusi LM BSLN Datuk Seri Azim Zabidi..anak kpd Ust Zabidi....bole mita maaf dgn dia..heh!

nerve said...

haha.......betul betul...zaman remaja darah muda liar liar liar.......haha

Baca, Fikir, Komen

Related Posts with Thumbnails